Wednesday, December 19, 2018

DIARI MINGGU KE 11


Kelas minggu ke 11, kami diminta untuk membentangkan tentang tugasan perbandingan kurikulum yang telah kami buat sepanjang 11 minggu ini dan juga pelan pembelajaran yang telah kami reka bagi tugasan kami.Semua pelajar membentangkan perbandingan kurikulum negara masing-masing mengikut kumpulan serta pelan pembelajaran yang telah direkabentuk mengikut program atau subjek yang telah mereka pilih. Seperti kumpulan saya, kami membandingkan kurikulum negara Malaysia dengan kurikulum negara Indonesia, Malta, New York dan New Zealand. Kurikulum kumpulan kami pula berfokuskan kepada subjek Matematik. Pelan Pembelajaran kami berfokuskan pada bidang statistik iaitu Mod, Min, dan Median yang diajar pada pelajar tingkatan 2 di Malaysia.Walaupun kelas tersebut agak ringan , tapi ianya memberi kesan yang banyak lagi-lagi apabila ilmu yang didapati itu adalah daripada rakan sekelas. 
Saya juga merasakan bahawasanya ada sesetengah topik adalah lebih sesuai untuk membuatkan pelajar sendiri yang menyampaikan kepada kawannya manakala cikgu hanya menilai perbentangan mereka disamping memandu pelajar jika ada kesilapan yang mereka lakukan.

Perkara ini boleh dikatakan sebagai pendidikan yang berpusatkan kepada pelajar. Salah satu contoh yang hampir sama dengan ini adalah "jigsaw" dimana guru memberikan tugas kepada pelajar untuk membuat beberapa subtopik tersebut dan apabila digabungkan, ianya akan membuatkan keseluruhan topik terbentuk. Lantas pelajar-pelajar ini akan dapat menghubungkan setiap subtopik yang telah mereka buat dengan sendirinya.

Namun saya berasa agak sedih, teramat sedih lagi menyedihkan kerana saya hanya dapat membentang perbentangan saya tidak sampai seminit pun ... huhuhuhu :'( *saya gurau je, saya ok je.. Overall, jutaan terima kasih kepada Dr. Dorothy kerana telah banyak mendidik saya dan saya minta maaf seandainya terdapat kesalahan ataupun terkurang sopan dengan Dr. sepanjang kelas Dr.

Diari Minggu ke 10

Hari ini merupakan hari yang menyeronokkan bagi saya.. sebab apa??

Dr. Dorothy bawa VR GOGGLES pergi kelas WEYHHHHH !!!!




Seronok weyh.. Dr. Dorothy bagi main game dalam kelas .. game VR lagi tu ~
Seronok-seronok pun saya belajar banyak benda dalam kelas hari tu..

Pertamanya, saya dapat belajar cara untuk mengawal pelajar dalam kelas jika ingin membenarkan mereka menggunakan sesuatu teknologi buat suatu masa yang telah saya tetapkan sebagai guru.

Keduanya, saya melihat betapa teknologi dalam pelajaran ini bukan sahaja dapat memberikan pengajaran dan ilmu kepada pelajar. Teknologi dalam pelajaran juga dapat meningkatkan lagi semangat pelajar-pelajar di dalam kelas. Mungkin hal ini kerana, mereka akan menjadi lebih bersemangat kerana guru memberi mereka peluang untuk bermain sambil belajar menggunakan teknologi dan akan sentiasa menunggu-nunggu permainan yang seterusnya.

Perisian Kahoot juga digunakan oleh Dr. Dorothy untuk menguji kefahaman kami tentang pedagogi dalam kelas. Ini membuatkan kami teruja kerana kami tidak pernah mengalami perkara-perkara seperti ini dalam pendidikan.

Perisian Kahoot ini telah saya perhatikan buat beberapa ketika. Apa yang saya dapati adalah kesemua pelajar akan berasa teruja dan bersemangat untuk menjawab dan semangat itu akan kekal lama dalam pelajar sekalipun permainan itu sudah tamat. Perkara ini saya rasakan akan dapat menanamkan lebih banyak semangat cinta akan ilmu yang lebih banyak dalam diri pelajar

Cuma satu sahaja yang sering menjadi tanda tanya tentang bermain sambil belajar ini iaitu adakah ianya sesuai dilakukan pada awal sesi pembelajaran atau di akhir pembelajaran? Atau ianya bergantung pada matapelajaran ataupun topik yang diajar pada waktu itu?



DIARI MINGGU KE 9 

Pada hari ini, aku belajar tentang pedagogi "cara mengajar". Terdapat pelbagai teknik pengajaran yang boleh digunapakai dalam sesi pengajaran namun pada aku sendiri, teknik yang paling aku sukai ada "blended learning" dimana sesi pembelajarannya berpusatkan kepada pelajar dan guru. Bukan apa, pada aku jika terlalu berpusatkan pada guru, pelajar akan menjadi bosan dengan teknik "spoon feed" dan jika pelajaran itu terlalu berpusatkan pada pelajar, guru akan berasa bosan dan seakan-akan tiada tugas yang perlu diambil berat.

Dengan Blended Learning ini, pelajar dan guru akan perlu saling memainkan peranan masing-masing dimana guru perlu menyediakan bahan-bahan pembelajaran bagi murid dan juga ujian-ujian tentang pembelajaran tersebut. Pelajar pula akan memainkan peranan dengan mencari bahan bacaan tambahan disamping menjawab ujian dan tugasan yang diberikan oleh guru sama ada di kelas ataupun secara online..


Dalam kelas, aku ditugaskan untuk membentangkan  tentang Model A La Carte:

Model A La Carte - kursus yang diambil oleh pelajar secara keseluruhan dalam talian untuk mengiringi pengalaman lain yang pelajarnya telah dididik di sekolah atau pusat pembelajaran bata-dan-mortar. Guru rekod untuk kursus A La Carte ini adalah guru dalam talian. Pelajar boleh mengambil kursus A La Carte sama ada di kampus bata-dan-mortar atau laman web secara atas talian. Ini berbeza dari pembelajaran dalam talian sepenuh masa kerana ia bukan pengalaman keseluruhan sekolah. Pelajar mengambil beberapa kursus A La Carte dan lain-lain secara bersemuka di kampus bata-dan-mortar bagi menambahkan lagi ilmu dan pengalaman yang diinginkan oleh pelajar tersebut.



Perkara ini juga boleh diaplikasikan dalam kelas seperti contoh, sebelum sesi pengajaran kita tamat, kita memberikan pelajar perkara-perkara yang menarik yang berkaitan dengan apa yang dipelajari pada kelas tersebut agar pelajar-pelajar yang meminati dan ingin mempelajarinya dengan lebih mendalam mempunyai peluang untuk mengkajinya sendiri.

DIARI KELAS MINGGU KE 8

Pada kelas kali ini, saya diajar untuk membuat suatu rancangan pembelajaran dimana perkara ini seharusnya ada untuk setiap guru  dan untuk setiap sesi pembelajaran agar sesi pembelajaran tersebut  berjalan dengan lancar.

Rancangan Pembelajaran ini boleh didefinisikan sebagai suatu plan pembelajaran yang dibuat dan akan dijadikan sebagai panduan oleh guru ketika berada di dalam sesi pembelajaran agar masa dan aktiviti yang dilakukan mempunyai makna dan memberi pelajar apa yang dimahukan dalam objektif pembelajaran pada hari itu.

Pada kelas ini, Dr Dorothy menekan pada ketelitian dalam membuat aktiviti yang menarik dan Dr juga memberi cadangan bahawa aktiviti yang dilakukan juga lebih baik jika dimasukkan sekali dengan penggunaan bahan-bahan teknologi.

Penggunaan masa juga ditekankan dalam pelan pembelajaran ini agar masa pembelajaran yang dilakukan tidak berlaku terlalu lama ataupun terlalu sekejap.

Dari sini saya belajar tentang kepentingan aktiviti dan masa yang perlu disusun dengan rapi disamping menyelitkan unsur-unsur penggunaan teknologi selaras dengan pembelajaran abad ke 21. Perkara ini seperti yang sedia maklum, bukan hanya boleh digunakan dalam pendidikan sahaja, malah boleh digunakan dalam pelbagai perkara termasuklah dalam jadual harian.

*Saya lebih suka menggunakan model langkah 9 gagne kerana ianya teratur dan efisyen.


DIARI MINGGU KE 7

Pada kelas kali ini, Dr Dorothy hanya membuat sesi maklumbalas tentang tugasan perbandingan kurikulum yang telah hantar pada Minggu ke 6. 

Perkara ini menunjukkan betapa pentingnya sesuatu maklumbalas pada para pelajar dalam kelas. Perkara ini kurang diberikan perhatian oleh majoriti guru di sekolah. Dari apa yang dibuat oleh Dr. Dorothy ini, saya berazam untuk sentiasa memberikan maklumbalas kepada pelajar-pelajar saya dengan terperinci di masa akan datang.

Dalam kelas kali ini Dr Dorothy tetap dengan pendiriannya iaitu sesi pembelajaran yang berpusatkan pada pelajar. Ini dapat dibuktikan apabila Dr. Dorothy menyuruh kami berbincang dalam kumpulan tentang apa yang perlu ditambah baik dan diperbaiki disamping melihat kepada kumpulan-kumpulan lain yang mampu memberikan hasil yang lebih baik.

Ketika kami melakukan perbincangan ini, Dr. Dorothy hanya meronda kelas, memerhatikan kami. Sekiranya kami memerlukan panduan, maka Dr. Dorothy akan membantu kami dengan memberi cadangan dalam menambah baik tugasan ini.

Tugasan Perbandingan kurikulum ini merupakan suatu tugasan penilaian yang berterusan. Dr. Dorothy meminta kami untuk merangka agar penambahbaikan dapat dibuat sebelum tarikh penghantarannya yang sebenar.

Thursday, November 15, 2018

DIARI MINGGU 6

Berikutan dengan apa yang telah di-postkan pada sebelum ini, saya perlu menjawab kuiz secara online  (kelas e-learning) dan mendapati pada masa itu saya masih keliru dengan banyak perkara terutamanya dari segi konsep-konsep dalam analisis tugasan.

Pada kelas kali ini, kami ditegur dan dibantu sekali lagi oleh Dr. Dorothy iaitu pensyarah kami yang comey lagi baik hati dimana beliau menerangkan semula secara ringkas namun padat disamping memberi contoh yang jelas kepada pelajar dengan menggunakan situasi dalam kelas itu sendiri.

*Dari sini saya sedar bahawa seorang guru perlu sentiasa boleh dalam memberi pelbagai contoh yang terbaik dalam menerangkan tentang suatu perkara kepada murid-muridnya agar salah faham tentang sesuatu konsep itu dapat diperbetulkan.

Tidak lupa juga, dalam kelas kali ini Dr. Dorothy memberikan kami ruang dan peluang yang lebih besar untuk bertanyakan soalan jika masih ada keraguan agar kuiz yang seterusnya akan berjalan dengan lebih lancar dan kami mampu membuatnya dengan lebih baik daripada sesi kuiz yang sebelumnya.

Dalam kelas ini juga saya diajar tentang fasa mereka bentuk pelan pembelajaran dengan menggunakan beberapa model seperti Model ASSURE, Model ADDIE dan juga 9 langkah Gagne.


Model ASSURE :

Model ADDIE :

9 Langkah Gagne



Daripada kelas kali ini, kami sekelas dikehendaki mencari perbezaan dan persamaan antara model-model yang telah diberikan ini dan hasil daripada pembelajaran kelas pada hari tersebut, saya dapati terdapat banyak cara dalam merekabentuk pelan pembelajaran dan apa yang saya pelajari dalam kelas hanyalah sedikit. Namun begitu, ianya tetap mempunyai suatu persamaan seperti menilai kefahaman pelajar, menerangkan perkara yang akan diajar dan sebagainya.

Kesimpulan daripada kelas ini, saya dapati bahawa pelbagai Model boleh digunakan dalam pembelajaran, kemudian terdapat pendekatan yang pelbagai juga boleh digunapakai dan perkara ini jika diubah-ubah dengan kreatif akan menghasilkan suatu kelas yang mana tidak akan dianggap bosan oleh murid-murid. Di samping itu, perkara ini bukan hanya tertumpu pada sesi pembelajaran sahaja malah ianya juga boleh digunapakai dalam pelbagai perkara seperti mengadakan suatu mesyuarat, perancangan sesuatu program dan sebagainya.

Wednesday, October 31, 2018

DIARI MINGGU KE 5


Pada hari ini, saya dan rakan sekelas menghadiri kelas yang dipanggil sebagai e-learning. Dalam kelas ini, kami diminta untuk membaca bahan yang telah disediakan oleh pensyarah kami sebelum membuat latihan yang telah disediakan.

Bagi saya sendiri, kelas E-learning ini mempunyai beberapa kelebihan dan juga kelemahan yang tersendiri.

Kelebihan : Kelas yang fleksibel dimana pelajar diberi ruang untuk memilih lokasi dan masa untuk melakukan sesi pembelajaran dalam suatu masa yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, pelajar berpeluang untuk mencari bahan tambahan sendiri sewaktu kelas ataupun sesi pembelajaran.

Kelemahan : Kesukaran untuk bertanyakan soalan kepada guru jika seseorang pelajar tersebut ataupun secara berkumpulan tidak dapat memahami tentang sesuatu perkara.

Selain daripada itu, daripada kelas kali ini saya mendapati bahawa masih terdapat banyak kelemahan saya dalam membuat instructional analysis. Hal ini kerana saya kurang memahami tentang apa yang perlu dikaji tentang pelajar yang bakal saya ajar dan "berapa" teliti yang perlu saya tuliskan dalam instructional analysis untuk mendapatkan suatu objektif yang efisyen dan terbaik.

Dari aktiviti ini juga saya dapat mengenalpasti bahawa sesuatu analisis tugas itu akan berubah mengikut latar belakang pelajar itu sendiri. Hal di atas juga membuatkan saya sedar bahawa sesuatu kurikulum itu amatlah penting bagi mencapai sesuatu matlamat dan juga objektif seperti yang telah diletakkan pada kurikulum tersebut.

Dari segi penglibatan diri dalam aktiviti kelas online ini juga saya berpendapat bahawa membuat dalam keadaan berkumpulan itu adalah jauh lebih baik daripada membuatnya secara sendiri kerana pendapat daripada ramai orang adalah lebih daripada pendapat seseorang.

Hasil daripada kelas ini, saya mengetahui tentang kepentingan mengenal latar belakang pelajar sebelum mengajar mereka sesuatu topik. Perkara ini akan sentiasa saya sematkan dalam diri agar saya tidak memandang enteng dalam menyampaikan ilmu dan saya akan sentiasa mengkaji latar belakang pelajar-pelajar saya agar mereka tidak merasakan masa mereka tidak terbuang dengan suatu perkara yang membosankan dan agar saya tidak terlepas daripada memandang aspek-aspek yang penting seperti keselamatan dan nilai-nilai murni yang perlu ditanam di dalam diri setiap pelajar.




Thursday, October 25, 2018

DIARI MINGGU KE 4

Refleksi pada kali ini akan menekankan lebih kepada rekabentuk pengajaran sama ada yang mempunyai sistem tersendiri ataupun tidak.

Bentuk pengajaran boleh terbahagi kepada 3 iaitu : "Learning, Training, Education"

Learning : Involve all kinds of knowledge
Training : Focused training of well defined and fully specified task.
Education : International and systematic study guidance and supprt (bersifat antarabangsa dimana ianya dipakai di seluruh dunia)

Selain daripada itu, saya juga mempelajari tentang sesuatu perkara yang baru dan ianya dipanggil sebagai Model ADDIE
Kenapa ADDIE ? Kerana setiap huruf memberi maksud yang tersendiri :

Analyze             
Design                  
Development        
Implement             
Evaluation         

*sesi selepas ini akan menggunakan perkataan dan ayat-aya dalam bahasa Inggeris.

Level of Design : Components and criteria of good learning and instruction.
Learning of design ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian
1) Instructional Design



2) Instructional Systematic Design



Wednesday, October 17, 2018


DIARI MINGGU KE -3 

Hari ini saya akan membincangkan sedikit tentang kurikulum yang telah saya pelajari di dalam kelas secara ringkas.

Pada kali ini saya akan membincangkan tentang perkara-perkara yang diperlukan dalam membuat satu kurikulum yang efektif dan juga bermakna kepada pelbagai pihak. Sebelum itu, kita haruslah memahami tentang aspek-aspek pengalaman pembelajaran.

3 Aspek penting dalam pengalaman pembelajaran ialah elemen, proses dan juga reka bentuk.

Elemen dalam kurikulum mesti mempunyai objektif, matlamat, pengalaman pembelajaran dan penstrukturan pengalaman dalam setiap pembelajaran.

Dalam mencari matlamat yang sesuai, beberapa faktor perlulah diambil kira seperti :
a) kepuasan individu
b) apa yang dipelajari perlulah relevan kepada keperluan masyarakat
c) bersesuaian dengan kepatuhan agama dan
d) mempunyai nilai-nilai yang baik dalam sesuatu perkara.

Dalam menulis sesuatu objektif pula lebih-lebih lagi dalam kurikulum, kita perlu mengetahui apakah definisi objektif dan adakah definisi objektif ini sama dengan definisi bagi matlamat?

Objektif : Matlamat yang lebih spesifik dan merupakan matlamat yang lebih penting daripada matlamat-matlamat yang lain (have a higher priority).

Ada 3 komponen yang boleh membantu kita mewujudkan sesuatu objektif yang efektif. Komponen-komponen itu ialah prestasi secara dalaman dan luaran, kondisi atau syarat yang diperlukan untuk mencapai sesuatu objektif itu dan juga kriteria yang dikehendaki agar objektif yang berkesan dan efektif ini dapat dicapai.

Akhir sekali, saya akan menceritakan serba sedikit tentang penilaian pengalaman pembelajaran.
Terdapat pelbagai jenis penilaian yang boleh dilakukan bagi mengenalpasti tahap kefahaman sesuatu pelajar dalam sesuatu bidang. Setiap pelajaran juga mempunyai cara-cara penilaian yang tersendiri dan sesuai dengan bidangnya masing-masing.

Seperti contoh, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sesuai diadakan ujian penilaian jenis objektif dan juga esei manakala Sains dan juga Matematik boleh dibuat dalam bentuk objektif dan juga subjektif.

Kriteria Penilaian : Ujian kemasukan, pretest, ujian latihan dan juga postest

Berikut merupakan antara kriteria penilaian yang boleh dibuat bagi menilai tahap kefahaman pelajar :
Esei, Isi tempat kosong, Lengkapkan, Soalan pilihan pelbagai, Padankan, Checklist dan juga Checklist secara langsung, Ujian praktikal dan sebagainya.

Setiap daripada kriteria ini mempunyai matalamat masing-masing dalam menilai. Setiap kriteria ini juga mempunyai kelebihan dan juga kelemahan masing-masing dalam menilai sesuatu kefahaman pelajar.


Thursday, October 11, 2018



Ini adalah poster yang saya gunakan bagi awal pengenalan tentang kurikulum. Seperti yang saya maklumkan, kurikulum merupakan suatu aktiviti penyampaian ilmu yang terangcang, dilakukan di suatu sesi dan kemudiannya akan didapati oleh orang-orang yang menuntut ilmu tersebut. Jadi kita sebagai pemburu atau penuntut ilmu, tuntutlah sebaik mungkin, ikatlah ilmu itu ketat dihati kita agar ianya tidak menjadi seperti angin yang berlalu pergi begitu sahaja. Hal ini kerana, di masa akan datang mingukn akan jadi giliran untuk kita pula yang akan merancang serta menjalankan aktiviti kurikulum ini.

(Dilukis oleh : Muhammad Aniq Bin Muhammad Zaini)

DIARI MINGGU PERTAMA 



Apakah itu kurikulum ??

Perkataan Kurikulum ini sebenarnya berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud "race course"

Definisi kurikulum ya?? Hurmm.. Ini dia definisi-definisi kurikulum :


*kredit kepada Dr Dorothy, daripada nota kuliahnya.

Di sini saya sertakan video yang menceritakan tentang definisi kurikulum dengan lebih ringkas lagi.


*Kredit kepada tuan punya video, Jhude Bravo


Kurikulum ini terdapat peringkat-peringkatnya : 

Peringkat pertama : Kurikulum Terancang 
- Dimana pada peringkat ini, seorang yang bertanggungjawab untuk menyampaikan sesuatu ilmu itu merancang sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta bermakna kepada mereka yang menerima ilmu tersebut.

Peringkat kedua : Kurikulum Pengubalan
- Pada peringkat ini, seorang yang ditugaskan untuk menyampaikan ilmu itu akan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik mengikut kepada apa yang telah dirancang pada Peringkat pertama.

Peringkat ketiga : Kurikulum Pengalaman
-Kurikulum pengalaman ini secara mudahnya boleh dikatakan apabila tamatnya sesi PNP, pelajar atau sesiapa sahaja yang menimba ilmu tersebut akan mendapatkan ilmu tersebut. Bukan sahaja mendapat, malah mengingatinya dan juga mampu menggunakannya dengan baik pada waktu-waktu tertentu
(Marsh dan Wilis, 2007)



Macam mana dengan saya??

Pada saya, jikalau diberi ruang untuk memberikan definisi kurikulum ini, saya akan memilih ayat ini :
"Kurikulum merupakan sesi pembelajaran yang terancang, tentang semua perkara yang terdapat dalam dunia ini samada ianya wujud ataupun tidak, sesuai mengikut masa ataupun tidak, teori ataupun praktikal selagi mana ianya baik dan tidak menjejaskan sebarang pihak".

Kenapa saya pilih ayat ini?

Hal ini kerana pada saya, segala yang ada di dunia ini adalah ilmu. sekalipun ianya hanya sekadar menguyah makanan, menyapu lantai mahupun berjalan. Saya ulangi lagi sekali bahawa SEGALA YANG ADA DI DUNIA INI ADALAH ILMU. Saya letakkan perkataan terancang pada definisi saya kerana kebiasaannya dalam penyampaian ilmu ini, ianya semestinya sudah terancang tidak kira sama ada perancangan yang dilakukan itu adalah formal ataupun tidak. Contoh bagi perancangan yang formal adalah seperti di sekolah-sekolah ataupun pusat-pusat tuisyen dan secara tidak formal pula adalah seperti ibu yang mengajar anaknya untuk membasuh baju ataupun kasut sekolah dengan tanpa menggunakan mesin basuh. Kebiasaannya hal yang tidak formal ini berlaku tanpa kita sedari dalam kehidupan seharian namun ia sebenarnya tetap ada. 

Apa yang boleh saya kaitkan dengan kehidupan seharian ??
Perkara ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian saya dimana saya akan sentiasa merancang bagaimana untuk mendidik rakyat yang memerlukan ilmu yang bukan sahaja daripada segi akademik, di sini saya tekankan dari segi nilai-nilai murni kerana perkara ini yang memberntuk jati diri seseorang dan masalah ini yang sering berlaku dalam masyarakat kita yang semakin tenat.