DIARI KELAS MINGGU KE 8
Pada kelas kali ini, saya diajar untuk membuat suatu rancangan pembelajaran dimana perkara ini seharusnya ada untuk setiap guru dan untuk setiap sesi pembelajaran agar sesi pembelajaran tersebut berjalan dengan lancar.
Rancangan Pembelajaran ini boleh didefinisikan sebagai suatu plan pembelajaran yang dibuat dan akan dijadikan sebagai panduan oleh guru ketika berada di dalam sesi pembelajaran agar masa dan aktiviti yang dilakukan mempunyai makna dan memberi pelajar apa yang dimahukan dalam objektif pembelajaran pada hari itu.
Pada kelas ini, Dr Dorothy menekan pada ketelitian dalam membuat aktiviti yang menarik dan Dr juga memberi cadangan bahawa aktiviti yang dilakukan juga lebih baik jika dimasukkan sekali dengan penggunaan bahan-bahan teknologi.
Penggunaan masa juga ditekankan dalam pelan pembelajaran ini agar masa pembelajaran yang dilakukan tidak berlaku terlalu lama ataupun terlalu sekejap.
Dari sini saya belajar tentang kepentingan aktiviti dan masa yang perlu disusun dengan rapi disamping menyelitkan unsur-unsur penggunaan teknologi selaras dengan pembelajaran abad ke 21. Perkara ini seperti yang sedia maklum, bukan hanya boleh digunakan dalam pendidikan sahaja, malah boleh digunakan dalam pelbagai perkara termasuklah dalam jadual harian.
*Saya lebih suka menggunakan model langkah 9 gagne kerana ianya teratur dan efisyen.

No comments:
Post a Comment