Wednesday, October 31, 2018

DIARI MINGGU KE 5


Pada hari ini, saya dan rakan sekelas menghadiri kelas yang dipanggil sebagai e-learning. Dalam kelas ini, kami diminta untuk membaca bahan yang telah disediakan oleh pensyarah kami sebelum membuat latihan yang telah disediakan.

Bagi saya sendiri, kelas E-learning ini mempunyai beberapa kelebihan dan juga kelemahan yang tersendiri.

Kelebihan : Kelas yang fleksibel dimana pelajar diberi ruang untuk memilih lokasi dan masa untuk melakukan sesi pembelajaran dalam suatu masa yang telah ditetapkan. Selain daripada itu, pelajar berpeluang untuk mencari bahan tambahan sendiri sewaktu kelas ataupun sesi pembelajaran.

Kelemahan : Kesukaran untuk bertanyakan soalan kepada guru jika seseorang pelajar tersebut ataupun secara berkumpulan tidak dapat memahami tentang sesuatu perkara.

Selain daripada itu, daripada kelas kali ini saya mendapati bahawa masih terdapat banyak kelemahan saya dalam membuat instructional analysis. Hal ini kerana saya kurang memahami tentang apa yang perlu dikaji tentang pelajar yang bakal saya ajar dan "berapa" teliti yang perlu saya tuliskan dalam instructional analysis untuk mendapatkan suatu objektif yang efisyen dan terbaik.

Dari aktiviti ini juga saya dapat mengenalpasti bahawa sesuatu analisis tugas itu akan berubah mengikut latar belakang pelajar itu sendiri. Hal di atas juga membuatkan saya sedar bahawa sesuatu kurikulum itu amatlah penting bagi mencapai sesuatu matlamat dan juga objektif seperti yang telah diletakkan pada kurikulum tersebut.

Dari segi penglibatan diri dalam aktiviti kelas online ini juga saya berpendapat bahawa membuat dalam keadaan berkumpulan itu adalah jauh lebih baik daripada membuatnya secara sendiri kerana pendapat daripada ramai orang adalah lebih daripada pendapat seseorang.

Hasil daripada kelas ini, saya mengetahui tentang kepentingan mengenal latar belakang pelajar sebelum mengajar mereka sesuatu topik. Perkara ini akan sentiasa saya sematkan dalam diri agar saya tidak memandang enteng dalam menyampaikan ilmu dan saya akan sentiasa mengkaji latar belakang pelajar-pelajar saya agar mereka tidak merasakan masa mereka tidak terbuang dengan suatu perkara yang membosankan dan agar saya tidak terlepas daripada memandang aspek-aspek yang penting seperti keselamatan dan nilai-nilai murni yang perlu ditanam di dalam diri setiap pelajar.




No comments:

Post a Comment