Wednesday, October 17, 2018


DIARI MINGGU KE -3 

Hari ini saya akan membincangkan sedikit tentang kurikulum yang telah saya pelajari di dalam kelas secara ringkas.

Pada kali ini saya akan membincangkan tentang perkara-perkara yang diperlukan dalam membuat satu kurikulum yang efektif dan juga bermakna kepada pelbagai pihak. Sebelum itu, kita haruslah memahami tentang aspek-aspek pengalaman pembelajaran.

3 Aspek penting dalam pengalaman pembelajaran ialah elemen, proses dan juga reka bentuk.

Elemen dalam kurikulum mesti mempunyai objektif, matlamat, pengalaman pembelajaran dan penstrukturan pengalaman dalam setiap pembelajaran.

Dalam mencari matlamat yang sesuai, beberapa faktor perlulah diambil kira seperti :
a) kepuasan individu
b) apa yang dipelajari perlulah relevan kepada keperluan masyarakat
c) bersesuaian dengan kepatuhan agama dan
d) mempunyai nilai-nilai yang baik dalam sesuatu perkara.

Dalam menulis sesuatu objektif pula lebih-lebih lagi dalam kurikulum, kita perlu mengetahui apakah definisi objektif dan adakah definisi objektif ini sama dengan definisi bagi matlamat?

Objektif : Matlamat yang lebih spesifik dan merupakan matlamat yang lebih penting daripada matlamat-matlamat yang lain (have a higher priority).

Ada 3 komponen yang boleh membantu kita mewujudkan sesuatu objektif yang efektif. Komponen-komponen itu ialah prestasi secara dalaman dan luaran, kondisi atau syarat yang diperlukan untuk mencapai sesuatu objektif itu dan juga kriteria yang dikehendaki agar objektif yang berkesan dan efektif ini dapat dicapai.

Akhir sekali, saya akan menceritakan serba sedikit tentang penilaian pengalaman pembelajaran.
Terdapat pelbagai jenis penilaian yang boleh dilakukan bagi mengenalpasti tahap kefahaman sesuatu pelajar dalam sesuatu bidang. Setiap pelajaran juga mempunyai cara-cara penilaian yang tersendiri dan sesuai dengan bidangnya masing-masing.

Seperti contoh, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sesuai diadakan ujian penilaian jenis objektif dan juga esei manakala Sains dan juga Matematik boleh dibuat dalam bentuk objektif dan juga subjektif.

Kriteria Penilaian : Ujian kemasukan, pretest, ujian latihan dan juga postest

Berikut merupakan antara kriteria penilaian yang boleh dibuat bagi menilai tahap kefahaman pelajar :
Esei, Isi tempat kosong, Lengkapkan, Soalan pilihan pelbagai, Padankan, Checklist dan juga Checklist secara langsung, Ujian praktikal dan sebagainya.

Setiap daripada kriteria ini mempunyai matalamat masing-masing dalam menilai. Setiap kriteria ini juga mempunyai kelebihan dan juga kelemahan masing-masing dalam menilai sesuatu kefahaman pelajar.


No comments:

Post a Comment