Berikutan dengan apa yang telah di-postkan pada sebelum ini, saya perlu menjawab kuiz secara online (kelas e-learning) dan mendapati pada masa itu saya masih keliru dengan banyak perkara terutamanya dari segi konsep-konsep dalam analisis tugasan.
Pada kelas kali ini, kami ditegur dan dibantu sekali lagi oleh Dr. Dorothy iaitu pensyarah kami yang comey lagi baik hati dimana beliau menerangkan semula secara ringkas namun padat disamping memberi contoh yang jelas kepada pelajar dengan menggunakan situasi dalam kelas itu sendiri.
*Dari sini saya sedar bahawa seorang guru perlu sentiasa boleh dalam memberi pelbagai contoh yang terbaik dalam menerangkan tentang suatu perkara kepada murid-muridnya agar salah faham tentang sesuatu konsep itu dapat diperbetulkan.
Tidak lupa juga, dalam kelas kali ini Dr. Dorothy memberikan kami ruang dan peluang yang lebih besar untuk bertanyakan soalan jika masih ada keraguan agar kuiz yang seterusnya akan berjalan dengan lebih lancar dan kami mampu membuatnya dengan lebih baik daripada sesi kuiz yang sebelumnya.
Dalam kelas ini juga saya diajar tentang fasa mereka bentuk pelan pembelajaran dengan menggunakan beberapa model seperti Model ASSURE, Model ADDIE dan juga 9 langkah Gagne.
Model ASSURE :
Model ADDIE :
9 Langkah Gagne
Daripada kelas kali ini, kami sekelas dikehendaki mencari perbezaan dan persamaan antara model-model yang telah diberikan ini dan hasil daripada pembelajaran kelas pada hari tersebut, saya dapati terdapat banyak cara dalam merekabentuk pelan pembelajaran dan apa yang saya pelajari dalam kelas hanyalah sedikit. Namun begitu, ianya tetap mempunyai suatu persamaan seperti menilai kefahaman pelajar, menerangkan perkara yang akan diajar dan sebagainya.
Kesimpulan daripada kelas ini, saya dapati bahawa pelbagai Model boleh digunakan dalam pembelajaran, kemudian terdapat pendekatan yang pelbagai juga boleh digunapakai dan perkara ini jika diubah-ubah dengan kreatif akan menghasilkan suatu kelas yang mana tidak akan dianggap bosan oleh murid-murid. Di samping itu, perkara ini bukan hanya tertumpu pada sesi pembelajaran sahaja malah ianya juga boleh digunapakai dalam pelbagai perkara seperti mengadakan suatu mesyuarat, perancangan sesuatu program dan sebagainya.



No comments:
Post a Comment